Wednesday 8 February 2017

Perkembangan Sistem Pendidikan Sebelum Dan Selepas Merdeka Di Malaysia

Isnin, 30 Januari 2017


Image result for kolej komuniti bukit beruang









           
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Nama Ahli Kumpulan

1. Syed Anwar Bin Syed Ibrahim
2.Nur Rubiyatul Fariani Binti Zuhari
3.Nurul Nadhirah Binti Hd Nawawi
4 .Nor Hanifa Binti Juha 5.Fatin Nabila Binti Mizan




Kelas:Sku3

Krusus:MPU 1152 Pengajian Malaysia
Kelas:Sku3
Sesi:November
Nama pensyarah:Nazelira binti Rahim





1. PENGHARGAAN



Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Nazelira Binti Rahim ,Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (MPU1152) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasihkepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigmadalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa initergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagairenung-renungan dan selamat beramal.


2. PENDAHULUAN

Sistem pendidikan melalui sistem persekolahan merupakan elemen penting dalam membangunkan sesebuah negara dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.Sistem pendidikan bukan sahaja berperanan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat semata-mata, bahkan menjadi wadah perjuangan untuk menyampaikan nilai-nilai murni dalam mencapai perpaduan kaum khususnya di negara kita, Malaysia.Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, pelaksanaan sistem pendidikan haruslah bersesuaian mengikut keperluan semasa masyarakat Malaysia.Sistem pendidikan yang terbaik adalah sistem persekolahan yang meliputi seluruh kehidupan masyarakat Malaysia, di mana tidak terhenti apabila seseorang individu itu tamat pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi.Pendidikan di Malaysia adalah sepanjang hayat dan perlu untuk meneruskan sumbangan dalam memartabatkan bangsa dan negara.Menurut Jean Jacues Rousseau, pendidikan adalah satu proses berterusan sejak dari peringkat kanak-kanak lagi.Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi (Mook Soon Sang, 2000). Masyarakat dan pendidikan haruslah bergerak seiring kerana pendidikanlah yang membentuk acuan seseorang individu tersebut.Oleh yang demikian, penulisan ini akan membincangkan berkenaan sistem pendidikan di Malaysia yang telah mengalami perubahan dari zaman sebelum merdeka sehingga ke hari ini.Hal ini demikian kerana sistem dan dasar pendidikan di Malaysia sering mengalami perubahan terutamanya laporan-laporan pendidikan yang telah dikeluarkan.Selain itu, penulisan ini juga akan melakukan satu analisis terhadap sistem pendidikan tersebut serta membincangkan isu pelaksanaanya.


3. Perbandingan Sistem Pendidikan Sebelum Dan Semasa Zaman Pemerintahan British


SEBELUM MERDEKA
SELEPAS MERDEKA
SEMASA MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA (1400-1956)
Dalam sistem pendidikan bagi tempoh ini, ia dibahagikan kepada dua fasa, iaitu sebelum zaman kolonialisme British dan semasa zaman kolonialisme British.
FASA 1 (Sebelum Zaman Kolonialisme British) Sistem pendidikan negara kita telah wujud sejak zaman kegemilangan empayar Melaka lagi.
Kedatangan Islam pada abad ke rantau Asia pada abad ke-15,menjadikan sistem pendidikan pada masa itu berteraskan agama Islam.
Pada zaman ini juga, agama Islam diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau dan madrasah dan akhirnya berpusatkan di sekolah pondok.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM MERENTASI 3 PERINGKAT:1. 1.Peringkat Pertama : (berpusat di rumah guru) -murid-murid belajar mengaji al Kuran dan fardu ain daripada guru-guru yang di panggil ulama.Peringkat 2. Kedua :( berpusat di masj id, surau dan madrasah)
2. Peringkat Kedua : -wujud untuk tampung bil. murid yang kian bertambah.
-para ulama disanjung tinggi oleh masyarakat. Kadang-kadang mereka di undang ke istana untuk mengajar kaum kerabat Raja.
3. Peringkat Ketiga:( berpusat di rumah pondok) -sekolah agama tradisional pertama
-tiada sukatan yang piawai.
-kurikulum berdasarkan masjid Al Haram di Makah.
-subjeknya adalah tauhid, al- Kuran, fekah, hadith, nahu, sufi, tasawwuf dan akhlak, b.arab dan jawi.
-murid tinggal di pondok Tok Guru.
-tamat pengajian, mereka akan berkhidmat di kampung masing-masing
-ada juga yg melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi supaya dapat memasuki universiti tempatan.
Pada tahun1511, apabila Portugis menawan Melaka, mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama kristian mazhab Roman Katolik.
Kemudian bertukar kepada mazhab Protestant apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda.
Tahun 1786, bila Inggeris memerintah tanah Melayu, sistem pendidikan bertukar kepada sistem pendidikan Inggeris.
FASA 2 (Semasa Zaman Kolonialisme 1786-1956) Walaupun zaman kolonialisme British merentasi lebih kurang 2 abad, Jepun telah pun memerintah negara ini pada tahun 1942 hingga 1945.
Dalam tempoh itu, semua sekolah yang sedia ada di arah tutup melainkan sebilangan kecil sahaja yang di buka untuk mengajar Bahasa Jepun.
Peringkat Pertama : (Sebelum Perang Dunia Kedua 1786-1941)
Sistem Pendidikan di Tanah Melayu
-Dikategorikan kepada lima peringkat.
-Terdiri daripada pendidikan rendah, menengah, latihan perguruan, pendidikan vokasional dan teknik, dan pendidikan tinggi.
Pendidikan Rendah Dan Menengah
Sejarah tanah Melayu tahun 1854 Gabenor Negeri-Negeri Selat telah di arah oleh pihak pengurusan Syarikat India Timur untuk sediakan laporan mengenai status pendidikan ketika itu dan nasihatkan Kerajaan India tentang tindakan susulan yang perlu diambil dalam beberapa perkara.
Di bawah pemerintahan British ketika itu, ketiga-tiga kaum etnik Melayu, Cina, India diasingkan dari segi pendidikan.
British mengamalkan dasar “Pecah dan Perintah “ dalam sistem pendidikan yang direka bentuk bertujuan untuk timbulkan pembahagian dalam kalangan rakyat jelata.
Orang Melayu diberi pendidikan asas selama enam tahun sahaja bagi mencapai objektif berikut:-
1. Bekalkan kemahiran asas melalui Ilmu hisab agar anak-anak lelaki dapat jalankan perniagaan secara kecil-kecilan apabila dewasa nanti.
2. Pupuk kesedaran mengenai kepentingan nilai-nilai murni seperti kesucian peribadi, kebersihan persekitaran dan
3. Memastikan kefasihan bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak Raja.
Bagi orang India, mereka diberi pendidikan asas bagi tempoh yang sama seperti orang Melayu
Apabila tamat persekolahan, mereka akan menjadi buruh di ladang-ladang getah dan trek ketapi.
Dasar seperti ini membantutkan mobiliti ekonomi dan geografi kaum tersebut.
Orang cina diberi kebebasan untuk tubuhkan sekolah-sekolah mereka serta gunakan kurikulum, guru-guru dan buku teks dari negara cina.
Ini kerana, British berpegang kepada dasar bahawa bukan tanggungjawab mereka untuk bekalkan pendidikan kepada rakyat tempatan
Dengan dasar tersebut, tidak hairan apabila British tubuhkan sekolah-sekolah Inggeris untuk membekalkan tenaga pekerja bagi jentera pentadbiran British sahaja.

SEKOLAH MELAYU seperti :-
Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang (1826)
Sekolah Melayu Bayan Lepas
Sekolah Melayu Telok Belanga
Sekolah Kampung Gelam
Pendidikan di Sekolah Melayu yang di senaraikan di atas adalah sehingga darjah lima sahaja dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Kerana itu, orang Melayu kurang berminat untuk hantar anak-anak mereka ke sekolah.
Untuk penyelesaian, A.M Skinner , Nazir Sekolah-sekolah ketika itu telah kenalkan kelas-kelas mengaji Quran
Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu sedemikian telah akibatkan banyak sekolah Melayu dibuka.
Menjelang tahun 1892, terdapat 190 sekolah Melayu.
Namun ia tidak banyak berubah di mana hanya sebilangan kecil orang mendaftarkan anak-anak mereka untuk bersekolah
Perkembangan Sekolah Melayu
Sebagai langkah terakhir, Kerajaan British telah kuatkuasakan Akta Pelajaran Wajib dimana ibu bapa wajib menghantar anak-anak ke sekolah.
Ibu bapa yang gagal berbuat demikian akan didenda.
British juga meminta pembesar-pembesar Melayu mendorong orang Melayu mendaftar anak-anak mereka di sekolah.
Oleh kerana sambutan yang baik, British pun mendirikan lebih banyak sekolah Melayu.
Terdapat juga sebilangan ibu bapa yang berprasangka terhadap persekolahan bagi anak perempuan mereka.
Ekoran itu, sekolah-sekolah bagi murid-murid perempuan agak lambat ditubuhkan.
Hanya pada tahun 1889 ditubuhkan Sekolah perempuan Melayu yang pertama di Telok Belanga dan sebuah lagi di Pulau Pinang
Menjelang tahun 1940, terdapat peningkatan pada bilangan pendaftaran murid-murid di sekolah Melayu.
Namun, kerajaan British tidak berusaha untuk wujudkan sekolah menengah aliran Melayu.
Ini kerana, British masih kekal dengan dasar mereka untuk mendidik orang Melayu menjadi petani dan nelayan sahaja.
Mereka bimbang, pendidikan tinggi dalam kalangan orang Melayu akan bangkitkan perasaan menentang penjajahan British.
SEKOLAH CINA Penubuhan dan pembiayaan sekolah-sekolah cina adalah tanggungjawab masyarakat cina sendiri.
Semua perbelanjaan ditanggung oleh pedagang-pedagang dan pemimpin cina.
Guru-guru sekolah cina di bawa masuk khas dari cina.
Sistem pendidikan mereka berteraskan sistem pendidikan nenek moyang mereka
Menggunakan dialek masing-masing seperti Hakka, Kantonis dan Hokkien.
Kesan daripada revolusi cina 1911, kerajaan cina mula beri perhatian rapi kepada orang-orang cina di seberang laut.
Oleh demikian, sekolah-sekolah cina ketika itu sering di pantau oleh pegawai-pegawai pendidikan dari negara Cina.
Sistem pendidikan aliran cina dibahagi kepada tiga peringkat:-
Perkembangan Sekolah Cina
1913-sekolah cina pertama ditubuhkan di Tanah Melayu di Singapura
1920-penggunaan dialek yang berbeza-beza di mansuhkan dan digantikan dengan Bahasa Mandarin.
1920-enakmen pendaftaran sekolah- sekolah diluluskan untuk sekat perkembangan pengaruh politik di sekolah-sekolah cina. Semua sekolah, guru, dan ahli lembaga sekolah perlu daftar dengan kerajaan British.
1924-kerajaan British mula beri tumpuan terhadap sekolah cina atas kesedaran terhadap puak nasionalis yang mula menyebarkan kempen anti-British di sekolah cina. Pelajar juga mula dipengaruhi oleh idea komunis. Akhirnya, sekolah cina ditukar menjadi sekolah separuh kerajaan dan di uruskan oleh British.
1945-penyemakan semula oleh sukatan pelajaran sekolah-sekolah cina dijalankan .
1945-pengenalan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di laksanakan di sekolah-sekolah cina.
SEKOLAH TAMILOrang Tamil merupakan golongan terbesar pendatang –pendatang India ke Tanah Melayu.
Kesan kedatangan penghijrahan mereka ke ladang-ladang getah, gula, kelapa dan kopi di beberapa di Tanah Melayu mendesak pemilik-pemilik ladang untuk dirikan sekolah Tamil bagi mendidik anak-anak pekerja.
Ketika itu juga sambutan orang India terhadap sekolah Tamil ini juga kurang memuaskan
Sekolah-sekolah itu juga tidak mencukupi dan kurang di lengkapi dengan kemudahan asas.
Sistem pendidikan juga kurang tersusun dari segi kurikulum, pengurusan sekolah dan sebagainya.
Akibat daripada itu, kebanyakan anak-anak orang India kurang berminat untuk belajar.
Mereka hanya menamatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah sahaja, kemudian bekerja sebagai buruh di ladang.
Perkembangan Sekolah Tamil
Sebagai penyelesaian kepada masalah yang berlaku, Kerajaan British telah mengambil beberapa langkah untuk kembangkan sekolah tamil antaranya:-
1912-Penguatkuasaan Undang-undang Buruh. Semua pemilik ladang wajib mendirikan sekolah bagi anak-anak pekerja jika bilangan kanak –kanak di ladang tersebut melebihi 10 orang.
1914-Penubuhan sekolah-sekolah Tamil di kawasan perbandaran yang mempunyai ramai penduduk orang India. Dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan orang India.
iii.1930-Penubuhan Nazir sekolah Tamil dan latihan untuk guru-guru Tamil bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang terlatih.
iv. 1930-Pengenalan sukatan pelajaran berorientasikan Tanah Melayu melalui penggunaan Bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu.
SEKOLAH INGGERIS Terdapat satu lagi sekolah pada zaman kolonialisme British, iaitu sekolah Inggeris.
Dikenali juga sebagai sekolah Mubaligh.
Dikelolakan oleh mubaligh Kristian.
Ciri-ciri Sekolah Inggeris
-Sekolah Inggeris mempunyai beberapa ciri tertentu. Sekolah-sekolah ini :
-Terletak di kawasan bandar yang kurang orang Melayu
-Mewajibkan murid-murid bukan beragama ISLAM untuk mengikuti pelajaran agama Kristian.
-Memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
-Mendapat bantuan kewangan dan sokongan daripada Kerajaan British.
LATIHAN PERGURUAN
Sebelum Perang Dunia Kedua, kerjaya perguruan mengalami masalah-masalah seperti di bawah :
Gaji rendah yang menyebabkan ramai guru letak jawatan atau berhenti perkhidmatan mereka.
Minat kaum perempuan untuk menjadi guru agak rendah
Latihan perguruan Melayu amat mengecewakan
Masalah-masalah ini wujud lanjutan amalan Kerajaan British yang mengambil guru-guru dari England untuk mengajar di sekolah-sekolah di negara ini.
Pada tahun 1870, keadaan sedemikian telah berubah apabila Jawatankuasa Wooley telah mengkaji keadaan pelajaran di Singapura.
Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa :
Lebih ramai guru yang terlatih dan berkelayakan tinggi amat diperlukan.
Pihak berkuasa menyedari tentang peri penting latihan profesional untuk guru-guru yang sememangnya bertanggungjawab ke atas pendidikan kanak-kanak.
Masalah kekurangan guru terlatih di sekolah-sekolah Melayu juga perlu diberi perhatian serius.
Pihak British telah mendirikan maktab-maktab perguruan seperti yang berikut :
Maktab Perguruan Telok Belanga, Singapura (1878)
Maktab Perguruan Melayu Taiping, Perak (1878)
Maktab Perguruan Melayu Melaka, Melaka (1900)
Maktab Perguruan Melayu Matang, Perak (1913)
Maktab Perguruan Sultan Idris Di Tanjong Malim, Perak (1922)
Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu, Melaka (1935)
Didapati bahawa bahan bacaan dan rujukan dalam bahasa Melayu agak kekurangan ketika itu.
Bagi mengatasi masalah ini dan memantapkan lagi bekalan bahan-bahan tersebut, pihak British telah menubuhkan sebuah pusat yang dikenali sebagai Biro Penterjemahan pada tahun 1942 dan ditempatkan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.
PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL
Sejarah perkembangan pendidikan bermula sejak awal abad ke-20 seperti huraian ringkas di bawah :
1900- Permulaan kegiatan kemahiran kraf tangan Melayu di Kuala Lumpur. Orang-orang Melayu yang berkemahiran dalam seni menganyam, menyulam dan mengukir diambil untuk mengajar seni tersebut di sekolah-sekolah Melayu berdekatan dengan Kuala Lumpur.
1905- Pembukaan Sekolah Teknik Teacher di Kuala Lumpur untuk memberi latihan kepada pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur & Kereta Api Tanah Melayu.
1918- Pembentukan Suruhanjaya Pendidikan Teknik Dan Industri untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik di Negeri-negeri Melayu.
1923- Penubuhan Pusat Latihan Pertanian
1926- Penubuhan Sekolah Teknik yang kemudian diukur status kepada Maktab Teknik (1941) & Universiti Teknologi Malaysia (1972)
1931- Penubuhan Sekolah Pertanian di Serdang, Selangor untuk melatih pegawai-pegawai pertanian.
1946- Sekolah Pertanian di naik taraf menjadi Kolej Pertanian & bertukar kepada Universiti Pertanian Malaysia (1972) & hari ini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.
PENDIDIKAN TINGGI
Pada abad ke-20, Kerajaan British berusaha untuk mengembangkan pendidikan tinggi di Tanah Melayu.
1905- Penubuhan Sekolah Perubatan King Edward V11 di Singapura yang kemudian ditukar kepada Kolej Perubatan King Edward V11
1929- Penubuhan Raffles College di Singapura
1938- Pembentukan Suruhanjaya mengkaji kedudukan pusat pengajian tinggi di Tanah Melayu yang diketuai oleh Sir William Maclean. Antara cadangan yang dikemukakan termasuk gabungan Kolej Perubatan King Edward V11 dan Raffles College menjadi sebuah Universiti.
1941- Pembentukan Universiti Malaya di Singapura
SISTEM PENDIDIKAN DI SABAH Sebelum pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara, masyarakat pelbagai suku kaum & etnik di Sabah hanya menerima pendidikan tidak formal.
Semasa pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara, sistem pendidikan di Sabah telah mengalami perkembangan yang agak pesat.
Mubaligh-mubaligh Roman Katolik mula mendirikan sekolah-sekolah di Papar (1881) & di Sandakan seperti senarai berikut :
SEK. REN. St MARY (1883)
SEK. Lelaki St MICHAEL (1888)
SEK. CONVENT untuk murid-murid perempuan (1891)
Bahasa Inggeris menjadi bahasa penghantar di kebanyakan sekolah di Sabah.
Bahasa Cina & Bahasa Dusun turut digunakan sebagai bahasa pengantar.
Perkembangan sekolah
-Lanjutan daripada penubuhan sebuah sekolah kebangsaan Cina di Jesselton, terdapat 79buah sekolah swasta di Sabah pada tahun 1939.
-Masyarakat orang Sarawak yang terdiri daripada orang Iban, Kelabit dan Melanau menerima pendidikan daripada nenek moyang mereka yang merangkumi kemahiran-kemahiran asas.
-Dikelolakan oleh 3 golongan, iaitu mubaligh Kristian, Kerajaan Brooke & masyarakat Cina.
SISTEM PENDIDIKAN DI SARAWAK Kerajaan Brooke telah mendirikan sekolah-sekolah di luar bandar Kucing.
Bahasa pengantar : Bahasa Melayu , Bahasa Cina & Bahasa Inggeris
Pada tahun 1924, Kerajaan Brooke telah menubuhkan Jabatan Pelajaran untuk mentadbir sistem pendidikan di Sarawak.
Ekoran daripada Laporan Hammond, maka sekolah mengikut kaum telah didirikan pada tahun 1940.
Maktab Perguruan Melayu telah didirikan pada tahun 1941 untuk melatih golongan muda yang berminat untuk menceburi diri dalam profesion perguruan
Peringkat Kedua : selepas perang dunia kedua (1946-1956)
Rancangan Cheeseman
Pada tahun1946, mencadangkan :
Pendidikan peringkat rendah (asas) secara percuma dalam semua bahasa pengantar.
Pendidikan peringkat menengah (sekolah pertengahan & tinggi) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin & Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di semua sekolah vernakular.


4. Laporan Barnes 1951

Mencadangkan :
Menubuhkan sekolah dwibahasa di mana bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.
Sekolah-sekolah Melayu, Cina & Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan.
Pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi di sekolah. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu petang kerana pengajaran agama tidak diajar pada waktu persekolahan.

5. Laporan Fenn-Wu 1952


Mencadangkan :
Bahasa Melayu, Bahasa Cina & Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah vernakular.
Ordinan Pelajaran 1952
Mencadangkan :
Sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan Bahasa Inggeris secara beransur-ansur di sekolah-sekolah Melayu.
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris juga mula dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina & Tamil.
Sekolah jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
Pendidikan agama diadakan pada waktu persekolahan untuk murid-murid beragama Islam sama ada dalam kawasan sekolah mereka atau di kawasan lain yang berhampiran
Sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan.


6. Ordinan Pelajaran 1952

Ordinan Pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu / Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).


Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara Sekolah Vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.

7. Penyata Razak 1956

Mencadangkan :Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendah & menengah.Bahsa Inggeris, Bahasa Cina & Bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan.Dua jenis sekolah yang terbuka kepada semua jenis etnik :Penyata Razak 1956 - sekolah-sekolah rendah yang menerima bantuan atau persendirian. - sekolah-sekolah menengah yang menerima bantuan atau persendirian.Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) & Pra Universiti.Sistem peperiksaan yang berpusat & sama bagi semua.Guru-guru sekolah rendah & menengah yang berkelayakan.Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesionalPenubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.PENDIDIKAN TINGGIKetika zaman kolonialisme British, Universiti Malaya telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1949.Penubuhan universiti tersebut merupakan usaha Kerajaan Inggeris bagi memenuhi keperluan dan permintaan rakyat tanah air terhadap pengajian tinggi.Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaNegara Malaysia mempunyai sejarah pembentukan negara bangsa yang amat panjang dalam mengorak langkah mencapai kemerdekaan. Selari dengan proses tersebut, pendidikan juga telah berkembang seiring dengan zaman. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikan semasa. Perkembangan sistem pendidikan sebelum merdeka terbahagi kepada empat peringkat iaitu sebelum kedatangan British, tempoh penjajahan pertama, tempoh penjajahan kedua dan awal kemerdekaan, iaitu sebelum pembentukan gagasan Malaysia. Perkembangan sistem pendidikan selepas merdeka terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap pertama(1963-1965), tahap kedua(1966-1970) dan tahap ketiga(1971-1975). Perkembangan sistem pendidikan semasa pula berlaku selepas tempoh 1975.


8. Penyata Rahman Talib 1960


Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras. Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma · Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. · Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. · Murid naik darjah secara automatik · Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. · Pendidikan akhlak dititikberatkan. Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Keadaan ini menyukarkan usaha menyatukan mereka.Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.


9. Laporan Aminuddin Baki 1965


Dato' Seri Aminuddin Baki (26 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.
Pada 26 November 2015, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengurniakan darjah kebesaran Darjah Seri Paduka Mahkota Perak secara anumerta sempena hari keputeraan Sultan Perak bagi mengenang jasa Aminuddin.

10. Jawatankuasa Kabinet 1974


Perubahan aspek pendidikan yang dibuat dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974:1. mengkaji sistem pendidikan dan keperluan sumber manusia2. penekanan aspek membaca, menulis dan mengira3. kenaikan darjah secara automatik4. sekolah vokasional ditekankan5. pelaksanaan KBSR dan KBSM


11. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979


laporan jawatankuasa kabinet 1979 dibentuk adalah hasil daripada maklum balas dan laporan daripada jawatankuasa kabinet 1974.
penegasan kepada pendidikan asas 3m membacamenulis dan mengira.
penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.
pendidikan menengah atas melalui dua jurusan ,akademik dan vokasional.
penegasan kepada kurikulum.
peluang melanjukkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun.
melincinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan.



Kesimpulan
Kesimpulannya,sistem pendidikan malaysia samakin pesat berkembang mengikut peredaran masa.Pihak kementerian pelajaran malaysia juga perlu peka dengan perubahan alam pendidikan dan mengenalpasti system pendidikan yang bersesuaian selaras dengan global. Dengan kerja ini semua maklumat dapat diguna pakai untuk masa depan seseorang indibidu atau generasi muda demi malaysia yang tercinta sekiaan terima kasih.

Rujukan

Nuazain95@gmail.com.

https://www.slideshare.net/wikwang/perbezaan-sistem-pendidikan-semasa-berbanding-sebelum-merdeka

5 comments:

  1. Alhamdulillah..kerja kusus saye lulus dengan melihat artikel ini...syukur

    ReplyDelete
  2. Banyak membantu untuk mengenali sejarah pendidikan di Malaysia

    ReplyDelete
  3. MGM Resorts Casino Atlantic City Announces Launch of COVID-19
    MGM 군포 출장마사지 Resorts Casino Atlantic 성남 출장마사지 City Announces Launch of 수원 출장샵 COVID-19 밀양 출장샵 Casino Resort, Tropicana AC, Tanger Bar & Grill & Hotel 용인 출장안마

    ReplyDelete